05 May 2018

Botol 3 warna hiasan bergelung

Pernahkan anda terfikir, 
bahan-bahan terbuang seperti kertas, 
kulit gula-gula atau botol plastik dijadikan  
bahan kitar semula?

Jom, kita lihat bersama-sama 
cara jadikan botol plastik terbuang 
menjadi suatu bahan yang kreatif dan menarik. 

Idea yang Cikgu Joyce kongsikan hari ini 
boleh digunapakai sebagai hiasan 
sama ada di luar koridor rumah 
atau kelas prasekolah.


BAHAN-BAHAN:
Botol plastik
Gunting
3 berus warna
3 cat minyak:
(merah, biru, kuning)
 Thinner

PILIHAN LAIN:
Cat plaka
Air 

*kalau tidak mahu menggunakan cat minyak
boleh ditukar dengan cat plaka



LANGKAH 1:

Kumpul botol-botol plastik 
yang sudah tidak digunakan lagi

LANGKAH 2:


Buka balutan plastik botol tadi

LANGKAH 3:



 Potong pada tengah permukaan badan botol plastik  
menjadi kepada 2 bahagian seperti gambar di atas


LANGKAH 4:


Sediakan 3 cat minyak berwarna;
 merah, biru dan kuning.
 Cikgu Joyce lebih suka menggunakan cat minyak kerana ianya lebih kelihatan 'shining' 
dan menyerlah :)


LANGKAH 5:

Ambil berus warna.
Mulakan sesi mewarna pada bawah permukaan  botol plastik.


LANGKAH 6:


Wow! 
Inilah hasilnya.
Cantik tak? :)
Ada 3 warna merah, biru dan kuning.
*Kalau nak guna warna selain warna di atas ianya terpulang pada kreativiti masing-masing. 

 Tips mengecat*
Semasa mengecat boleh gunakan thinner untuk mengurangkan kelikatan / kepekatan cat

 Tujuan utama ialah agar cat tidak kelihatan tebal.
Ini juga memudahkan proses pengeringan cat
semasa menjemur. 

Tips lain, boleh anginkan botol yang sudah di cat menggunakan kipas angin


 LANGKAH 7:


Jemur botol plastik berwarna tadi
Tunggu selang berberapa jam atau sehingga kering.

*Proses pengeringan cat adalah bergantung kepada ketebalan cat yang diwarnakan tadi. 


 Kumpulkan botol-botol berwarna yang telah dikeringkan tadi.


LANGKAH 8:


Akhir sekali, sediakan gunting dan botol berwarna untuk sesi memotong. 


 Kemudian, gunting pada bawah tepi permukaan botol yang berwarna kuning mengikut arah putaran jam.





 Inilah hasilnya!
 Botol 3 Warna Hiasan Bergelung



 Silakan mencuba ya! :)



Semoga ilmu yang diberi memberikan manfaat kepada kita semua.


Jika suka, boleh kongsikan kepada rakan-rakan lain. ^^,


08 April 2018

Mural Prasekolah


Hasil mural prasekolah oleh Cikgu Joyce.
Mengambil masa selama 2 hari untuk disiapkan.
Bertemakan Alam Flora dan Fauna.

BAHAN-BAHAN:
Cat Minyak
Berus warna
Tuala
Kapur Tulis
Thinner

07 April 2018

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Hi,Salam Ceria semua.
Hari ini Cikgu Joyce nak kongsikan cara mudah untuk membuat 
Bahan Bantu Mengajar (BBM).

BBM ini membantu dan memudahkan
murid mengenal rupa bentuk huruf.

Caranya mudah sahaja.
 Bahan-bahan juga boleh diperolehi dari 
sumber kegunaan harian. 

BAHAN-BAHAN:
1 impraboard saiz besar
scouring pads
Jarum peniti
Kertas A4
Pensel
Gunting
Gam UHU


LANGKAH 1



 Sediakan bahan-bahan berikut (gambar atas).
Jika tidak ada gam UHU boleh gunakan gam lain yang bersesuaian.


LANGKAH 2



Potong impraboard menjadi kepingan saiz 
(15cm  x 10cm)
 lebih kurang gambar di atas sebanyak 26 keping.

LANGKAH 3

Cetak huruf (a-z) menggunakan font jenis Century Gothic.
Huruf di BOLD (B). 
Saiz huruf 340.


Gunting huruf yang telah dicetak tadi mengikut rupa bentuknya.



 LANGKAH 4



 Sediakan span cuci pinggan atau scouring pads

LANGKAH 5



Tekapkan huruf  yang telah digunting pada atas permukaan span.

LANGKAH 6



Untuk memudahkan proses semasa menggunting huruf. Masukkan jarum peniti pada sudut tepi kawasan huruf.



 Wow, nampak menarikkan?

Hasil rupa bentuk huruf yang telah siap digunting.
Rupa bentuk huruf boleh dikemaskini dengan menggunting bahagian tepi huruf yang tidak sekata.


LANGKAH 7



Akhir sekali, gunakan gam UHU atau gam Shoe Adhesive untuk melekatkan huruf pada atas permukaan impraboard.



 Inilah hasil Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang mudah dan senangkan?
Jimat dan boleh dilakukan sendiri.



Kepada mereka yang berkenan dan berminat dengan BBM ini, silalah dan jangan malu atau segan  mengikut panduan dan langkah-langkah yang telah Cikgu Joyce sediakan seperti di atas.

Selamat Mencuba, ya! ^^,

''USAHA TANGGA KEJAYAAN''







Popular Posts