Lagu Tradisional Kanak-kanak

Lagu Tradisional Kanak-Kanak

AIR PASANG PAGI

Air pasang pagi,
 Surut pukul lima, 
Bangun pagi-pagi, 
Siram pokok bunga. 

Pokok bunga melur, 
Tanam tepi batas, 
Itik dah bertelur, 
Ayam dah menetas. 

Cik Baba jatuh dalam parit 
Cik Aminah ketawa jerit-jerit 
Naik kereta api pergi Kuala Lumpur 
Dapat isteri cantik terperuk bawah dapur.

-------------------------------------------------------------
GAJAH
 
Ekornya sangat panjang,
Gedek-gedek.
Gading bercabang dua,
Tapi gajah tak makan orang.

Kalau adik mahu tahu,
Gajah makan apa,
la la la la la la la 
la la la la la la la

Gajah makan TEBU!    

-------------------------------------------------------------
BANGUN PAGI
  
Bangun pagi,
Gosok gigi,
Cuci muka,
Terus mandi.

Pakai baju,
Minum susu,
Salam ayah dan ibu.

Pergi sekolah,
Jalan kaki,
Jumpa Cikgu,
Depan pintu.

Selamat pagi, Cikgu Joyce.
Selamat pagi, Cikgu Joyce.

-------------------------------------------------------------
RAMA-RAMA

Dari ulat jadi kepompong,
Tidur lena dalam kelongsong,
Cukup masa kelongsong pecah,
Pom!  

 Jadilah rama-rama yang indah,
 

Rama-rama terbang merata,
Hisap madu di pohon bunga
Sungguh cantik aneka warna,
Tapi sayang hidup tak lama,
 
-------------------------------------------------------------

LOMPAT SI KATAK

Lompat si Katak lompat,
Lompatlah tinggi-tinggi.

Cepatlah adik cepat,
Cepatlah bangun pagi-pagi.

Kalau adik,
Malas bangun,
Malas bangun pagi,
la la la la la la la (2x)
Nanti kita rugi.

-------------------------------------------------------------
AIS KACANG
Ais ais kacang,
Ais Ais Kacang,

Bila cuaca panas dan rasa dahaga,
Singgah digerai ais kacang diminta,

Susu dan jagung,
Kacang dan lengkong,
Air gula berwarna,
Campur semua enak rasanya,
Kegemaran kita semua.

-------------------------------------------------------------









2 comments:

  1. Thanks cikgujoyce for sharing. Dah hampir lupa pasal lagu2 ni semua.

    ReplyDelete

Popular Posts