05 November 2019

Cara buat Tali Pom Pom mudah

Ada pelbagai macam cara untuk menjadi seorang yang kreatif
Nak jadi kreatif tak semestinya perlu menggunakan benda-benda yang mahal
untuk menghasilkan sesuatu ciptaan yang baharu
Hari ini, Cikgu Joyce nak kongsikan suatu aktiviti menarik
yang paling pantas dan mudah
Hanya dengan menggunakan tali rafia
Anda mampu menghasilkan tali pom pom untuk aktiviti tarian murid
Jom kita tengok sama-sama bagaimana cara-cara nak hasilkan kraf ini

LANGKAH 1


Rajinkan diri pergi ke pasar atau kedai berhampiran yang ada menjual tali rafia seperti gambar di atas

LANGKAH 2


Potong tali rafia lebih kurang 1 meter
Untuk lebih tepat, boleh pakai pembaris ukur
Tujuan agar panjang tali rafia adalah sekata 

LANGKAH 3


Kumpulkan tali-tali yang telah dipotong kemas tadi

LANGKAH 4


Tali rafia yang telah disusun kemas

LANGKAH 5


Bentukkan tali seperti gambarajah di atas


Kemudian ikatkan1 tali baharu pada tengah permukaan tali rafia 


Antara hasil tali rafia yang separuh siap sudah berjaya dihasilkan

LANGKAH 6


Gunakan kaedah ikatan yang anda tahu
Cikgu Joyce lebih suka menggunakan ikatan seperti di atas


Inilah hasil rupa bentuk tali pom pom yang telah diubahsuai

LANGKAH 7



Buka setiap plastik tali rafia dengan berhati-hati
Sila tonton video berdurasi pendek di bawah bagi melihat keterangan lebih jelas



LANGKAH 8


Tali pom pom separuh siap


Tali pom pom yang telah siap sepenuhnya!
Cantik tak?
Susah ke mudah?
Terpulang pada kreativiti masing-masing
Jika berminat, boleh cuba lakukan di rumah.
Jimat kos dan belanja
Yang paling penting ialah kena rajinkan diri.

Baiklah, USAHA TANGGA KEJAYAAN
Kejayaan juga tidak akan datang bergolek dengan mudah tanpa usaha gigih yang bermulanya dari akal dan keinginan hati masing-masing.

Selamat Mencuba! :)

PESANAN IKHLAS:
''Jangan malu untuk kongsikan kepada rakan-rakan lain di luar sana ya''






Popular Posts