Siri Pembelajaran khas untuk anak-anak murid prasekolah berumur 5 dan 6 tahun. Jom, belajar sebut dan bunyi huruf a hingga z.
Laman web yang menyediakan pelbagai info prasekolah: bahan ilmiah, lembaran kerja, idea kreatif dihasilkan oleh guru sendiri untuk tujuan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam bilik darjah. Semoga bahan prasekolah yang disediakan dapat memberi manfaat dan rujukan kepada guru-guru prasekolah.
09 March 2024
11 February 2024
Karnival OK9 PsTTL 2023
Tahniah, diucapkan kepada OK9 Telipok atas kejayaan melakar sejarah memenangi Naib Johan, tempat kedua bagi pertandingan Karnival OK9 PsTTL 2023 peringkat Negeri Sabah.
Program ini merupakan anjuran bersama Sektor Pembelajaran dan Sektor Pengurusan, PPD Kota Kinabalu.
Gambar Kenangan bersama Persatuan Bulan Sabit Merah & Restoran Happy Place
Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah & Restoran Happy Place atas sumbangan kepada murid-murid SK Natai pada hari ini.
Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) 2023/24
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG (MAC) 2023/24
TAHNIAH ! diucapkan kepada 14 orang murid-murid prasekolah SK Natai, Telipok atas kejayaan mempersembahkan sebuah tarian bertajuk Sabah Ginawoku bersempena dengan Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) yang dilaksanakan pada 6 Februari 2024 bertapak di dewan mini sekolah.
Tarian persembahan ini adalah di bawah bimbingan guru prasekolah, Cikgu Joyce dan dibantu oleh Gevianee pembantu pengurusan murid.
Selain itu, adik Ovelven Deno Randey dan Vieoleytte Graceelya Wilson masing-masing berumur 6 tahun turut serta menyampaikan ucapan wakil murid prasekolah dan persembahan bercerita bertajuk
''Anjing Yang Tamak''.
Kejayaan ini tidak dapat dicapai tanpa usaha gigih, sokongan padu dan kerjasama daripada pelbagai pihak. Tahniah sekali lagi, adik-adik comel yang bakal melangkah ke Tahun 1 bagi sesi akademik 2024/25.
Cikgu Joyce mendoakan agar anak-anak didik murid prasekolah SK Natai terus maju melangkah ke hadapan dan berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan.
Popular Posts
-
Ada pelbagai macam cara untuk menjadi seorang yang kreatif Nak jadi kreatif tak semestinya perlu menggunakan benda-benda yang mahal untu...
-
Hi,Salam Ceria semua. Hari ini Cikgu Joyce nak kongsikan cara mudah untuk membuat Bahan Bantu Mengajar (BBM). BBM ini membantu dan me...