11 February 2024

Karnival OK9 PsTTL 2023

Tahniah, diucapkan kepada OK9 Telipok atas kejayaan melakar sejarah memenangi Naib Johan, tempat kedua bagi pertandingan Karnival OK9 PsTTL 2023 peringkat Negeri Sabah.

Program ini merupakan anjuran bersama Sektor Pembelajaran dan Sektor Pengurusan, PPD Kota Kinabalu.


Wajah kegembiraan, bergambar kenangan bersama pasukan guru-guru hebat dari pelbagai daerah, sektor pembelajaran dan pembimbing utama Madam Shobamacintyre dari PPD Kota Kinabalu.


Lawatan dan sesi temuramah oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah diiringi  Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Encik Suhaimi Bin Hj. Matshah ke booth Jom Belajar Easy English (JOMbee). 


Karnival OK9 PsTTL 2023, Empowering Preschool English Language Teachers in Teaching And Learning.

Gambar Kenangan bersama Persatuan Bulan Sabit Merah & Restoran Happy Place

 


Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah & Restoran Happy Place atas sumbangan kepada murid-murid SK Natai pada hari ini.

Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) 2023/24

 MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG (MAC) 2023/24

Suasana kegembiraan, hari ini memori tercipta lagi :)
Murid-murid prasekolah SK Natai, Telipok bersama guru prasekolah Cikgu Joyce 
dan pembantu pengurusan murid, Cik Gevianee.



TAHNIAH ! diucapkan kepada 14 orang murid-murid prasekolah SK Natai, Telipok atas kejayaan mempersembahkan sebuah tarian bertajuk Sabah Ginawoku bersempena dengan Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) yang dilaksanakan pada 6 Februari 2024 bertapak di dewan mini sekolah.

Tarian persembahan ini adalah di bawah bimbingan guru prasekolah, Cikgu Joyce dan dibantu oleh Gevianee pembantu pengurusan murid.

Selain itu, adik Ovelven Deno Randey dan Vieoleytte Graceelya Wilson masing-masing berumur 6 tahun turut serta menyampaikan ucapan wakil murid prasekolah dan persembahan bercerita bertajuk 

''Anjing Yang Tamak''.

Kejayaan ini tidak dapat dicapai tanpa usaha gigih, sokongan padu dan kerjasama daripada pelbagai pihak. Tahniah sekali lagi, adik-adik comel yang bakal melangkah ke Tahun 1 bagi sesi akademik 2024/25.

Cikgu Joyce mendoakan agar anak-anak didik murid prasekolah SK Natai terus maju melangkah ke hadapan dan berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan.

Popular Posts