Laman web yang menyediakan pelbagai info prasekolah: bahan ilmiah, lembaran kerja, idea kreatif dihasilkan oleh guru sendiri untuk tujuan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam bilik darjah. Semoga bahan prasekolah yang disediakan dapat memberi manfaat dan rujukan kepada guru-guru prasekolah.
Ada pelbagai macam cara untuk menjadi seorang yang kreatif
Nak jadi kreatif tak semestinya perlu menggunakan benda-benda yang mahal
untuk menghasilkan sesuatu ciptaan yang baharu
Hari ini, Cikgu Joyce nak kongsikan suatu aktiviti menarik
yang paling pantas dan mudah
Hanya dengan menggunakan tali rafia
Anda mampu menghasilkan tali pom pom untuk aktiviti tarian murid
Jom kita tengok sama-sama bagaimana cara-cara nak hasilkan kraf ini
LANGKAH 1
Rajinkan diri pergi ke pasar atau kedai berhampiran yang ada menjual tali rafia seperti gambar di atas
LANGKAH 2
Potong tali rafia lebih kurang 1 meter
Untuk lebih tepat, boleh pakai pembaris ukur
Tujuan agar panjang tali rafia adalah sekata
LANGKAH 3
Kumpulkan tali-tali yang telah dipotong kemas tadi
LANGKAH 4
Tali rafia yang telah disusun kemas
LANGKAH 5
Bentukkan tali seperti gambarajah di atas
Kemudian ikatkan1 tali baharu pada tengah permukaan tali rafia
Antara hasil tali rafia yang separuh siap sudah berjaya dihasilkan
LANGKAH 6
Gunakan kaedah ikatan yang anda tahu
Cikgu Joyce lebih suka menggunakan ikatan seperti di atas
Inilah hasil rupa bentuk tali pom pom yang telah diubahsuai
LANGKAH 7
Buka setiap plastik tali rafia dengan berhati-hati
Sila tonton video berdurasi pendek di bawah bagi melihat keterangan lebih jelas
LANGKAH 8
Tali pom pom separuh siap
Tali pom pom yang telah siap sepenuhnya!
Cantik tak?
Susah ke mudah?
Terpulang pada kreativiti masing-masing
Jika berminat, boleh cuba lakukan di rumah.
Jimat kos dan belanja
Yang paling penting ialah kena rajinkan diri.
Baiklah, USAHA TANGGA KEJAYAAN
Kejayaan juga tidak akan datang bergolek dengan mudah tanpa usaha gigih yang bermulanya dari akal dan keinginan hati masing-masing.
Selamat Mencuba! :)
PESANAN IKHLAS:
''Jangan malu untuk kongsikan kepada rakan-rakan lain di luar sana ya''
Hari ini Cikgu Joyce nak kongsikan cara mudah untuk membuat Bahan Bantu Mengajar (BBM).
BBM ini membantu dan memudahkan murid mengenal rupa bentuk huruf.
Caranya mudah sahaja. Bahan-bahan juga boleh diperolehi dari sumber kegunaan harian.
BAHAN-BAHAN:
1 impraboard saiz besar
scouring pads
Jarum peniti
Kertas A4
Pensel
Gunting
Gam UHU
LANGKAH 1
Sediakan bahan-bahan berikut (gambar atas). Jika tidak ada gam UHU boleh gunakan gam lain yang bersesuaian.
LANGKAH 2
Potong impraboard menjadi kepingan saiz (15cm x 10cm)
lebih kurang gambar di atas sebanyak 26 keping.
LANGKAH 3
Cetak huruf (a-z) menggunakan font jenisCentury Gothic. Huruf di BOLD(B). Saiz huruf 340.
Gunting huruf yang telah dicetak tadi mengikut rupa bentuknya.
LANGKAH 4
Sediakan span cuci pinggan atau scouring pads LANGKAH 5
Tekapkan huruf yang telah digunting pada atas permukaan span.
LANGKAH 6
Untuk memudahkan proses semasa menggunting huruf. Masukkan jarum peniti pada sudut tepi kawasan huruf.
Wow, nampak menarikkan? Hasil rupa bentuk huruf yang telah siap digunting.
Rupa bentuk huruf boleh dikemaskini dengan menggunting bahagian tepi huruf yang tidak sekata.
LANGKAH 7
Akhir sekali, gunakan gam UHU atau gam Shoe Adhesiveuntukmelekatkan huruf pada atas permukaan impraboard.
Inilah hasil Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang mudah dan senangkan?
Jimat dan boleh dilakukan sendiri.
Kepada mereka yang berkenan dan berminat dengan BBM ini, silalah dan jangan malu atau segan mengikut panduan dan langkah-langkah yang telah Cikgu Joyce sediakan seperti di atas.